PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1
BAB 1 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA
KONSEP ASAS SESUATU PERNIAGAAN
Barang dan perkhidmatan. Barang ialah produk fizikal yang boleh dilihat seperti pakaian dan makanan. Perkhidmatan ialah produk bukan fizikal yang dapat memberi kepuasan dan nilai faedah kepada pengguna seperti perbankan dan perhotelan.
Pertukaran nilai. Nilai aktiviti perniagaan dalam bentuk wang yang diterima antara penjual dengan pembeli.
Keuntungan perniagaan. Manfaat bagi setiap aktiviti perniagaan dan merupakan ganjaran kepada peniaga kerana sanggup menanggung risiko dalam perniagaan.
Kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna. Pengguna akan membeli barang jika barangan tersebut memberi kepuasan maksimum atau nilai faedah kepadanya.
Penjual dan pembeli. Penjual merupakan individu yang menawarkan produk. Pembeli ialah individu yang menggunakan produk yang dikeluarkan.
FAKTOR PENGELUARAN
Bahan mentah. Input yang digunakan dalam proses transformasi untuk menghasilkan output. Contohnya, kayu balak untuk membuat perabot.
Modal insan. Individu yang menyumbangkan masa, tenaga dan kemahiran dalam aktiviti perniagaan.
Modal. Sebarang bentuk kekayaan yang digunakan untuk menambahkan kekayaan dalam aktiviti perniagaan. Contoh, wang dan aset.
Teknologi. Kaedah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut perkembangan semasa.
Keusahawanan. Individu yang berani mengambil risiko dan berpandangan jauh dalam perniagaan.
PROSES PERNIAGAAN
INPUT. Faktor-faktor pengeluaran yang akan digunakan oleh kilang untuk mengeluarkan barangan.
PROSES TRANSFORMASI. Proses pertukaran dan tambah nilai input organisasi dengan menggunakan pengurusan dan teknologi bagi menghasilkan output.
OUTPUT. Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.
PERSEKITARAN PERNIGAAN
PERSEKITARAN UMUM
Persekitaran ekonomi. perubahan ekonomi akan mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna.
Persekitaran persaingan dan jaringan. Jika ada persaingan, peniaga dapat melakukan inovasi terhadap barang dan perkhidmatan mereka. jika ada jaringan perniagaan, pakatan strategik boleh dibuat antara perniagaan dengan pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk atau memasarkannya di pasaran.
Persekitaran sosiobudaya. berkaitan dengan kepercayaan, agama, adat resam, cita rasa, dan gaya hidup masyarakat yang pelbagai kaum.
Persekitaran politik dan perundangan. Kerajaan mempengaruhi aktiviti perniagaan melalui penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan perniagaan beroperasi dengan adil serta menjaga kepentingan pengguna.
Persekitaran teknologi. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan kemampuan bersaing sesebuah perniagaan.
Persekitaran prasarana. Merujuk kepada kemudahan infrastruktur yang sedia ada bagi memudahkan perasi perniagaan.
Persekitaran antarabangsa. Perniagaan antarabangsa meliputi eksport, import, sdan juga pelaburan langsung di negara lain.
PERSEKITARAN TUGAS/PIHAK YANG BERKEPENTINGAN
Pelanggan. Merupakan individu yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.
Pembekal. Merupakan pihak yang membekalkan sumber input atau bahan mentah kepada perniagaan.
Pembiaya. Pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan. Contoh, bank.
Kerajaan. Pihak yang menggubal dasar-dasar dan menguatkuasakan undang-undang agar perniagaan dapat beroperasi dengan lancar.
Pekerja. Sumber manusia dalam sesebuah perniagaan yang menggerakkan aktiviti perniagaan agar berjalan dengan lancar.
Pesaing. Merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang sama dan dijual dalam pasaran yang sama dengan produk usahawan.
Masyarakat. Merupakan pemerhati terhadap barang dan perkhidmatan syarikat. Contoh, sebagai pengguna, masyarakat membeli barangan dan perkhidmatan.
PERNIAGAAN PERKONGSIAN
KEBAIKAN
Modal yang lebih bayak mudah dikumpulkan melalui sumbangan daripada ahli-ahli perkongsian.
Mudah ditubuhkan kerana tidak terikat dengan akta syarikat 1965.
Kemahiran dan kepakaran yang berlainan dapat dikumpulkan dan digabungkan antara rakan kongsi.
Rakan kongsi boleh menjalankan pengkhususan kerja.
Tidak perlu membayar cukai syarikat. Hanya cukai pendapatan perseorang sahaja yang dikenakan atas setiap rakan kongsi.
Risiko dan kerugian ditanggung bersama oleh semua rakan kongsi.
KEBURUKAN
Menanggung liabiliti tidak terhad kecuali bagi pekongsi berhad.
Perniagaan adalah tidak kekal dimana ia terpaksa dibubarkan jika ada ahli yang hilang kelayakan.
Kemungkinan timbulnya konflik dan ketidaksefahaman yang membawa kepada tindakan undang-undang terhadap perkongsian.
Jumlah modal yang dikumpulkan adalah terhad berbanding dengan syarikat berhad.
Tiada persaiang antara pengurusan dengan pemilik.
BENTUK AKTIVITI PERNIAGAAN(PENGELUARAN&PERHIDMATAN)
PENGELUARAN(aktiviti menhasilkan barang untuk dijual)
Ekstraktif. Mengeluarkan atau mengekstrak bahan mentah daripada perut bumi tanpa mengubah bentuk asalnya. Contohnya, pembalakan, perlombongan, dan perladangan.
Barang konsumer. Barang yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan sendiri atau keluarganya. Contoh, beras dibeli untuk dimakan.
Barangan industri. Bahan mentah diproses atau tambah nilai menjadi produk separuh siap atau produk siap. Contoh, padi diproses menjadi beras.
Barang pembuatan. Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap. Contoh, getah digunakan untuk menghasilkan tayar dan sarung tangan.
Pemasangan. Aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan barang siap. Contohnya, pemasangan komponen kereta dan komputer.
PERKHIDMATAN(aktiviti melibatkan penawaran barang tidak nampak)
Perkhidmatan pengeluar. Contoh, perkhidmatan pengankutan, perundangan, perhubungan, insurans, kewangan, dan hartanah.
Perkhidmatan awam. Contoh, perkhidmatan pendidikan, kesihatan, dan pertahanan.
Perkhidmatan lain. Contoh, perkhidmatan borong, perubatan, peruncitan, pelancongan dan restoran.
LANGKAH PENUBUHAN KOPERASI
Permohonan dibuat kepada pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Setelah mendapat kelulusan, satu jawatankuasa penaja (terdiri daripada 10 org) dibentuk.
Mesyuarat agung permulaan diadakan untuk memdapatkan ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi serta menerima undang-undang kecil dan memilih anggota lembaga koperasi.
Dokumen pendaftaran perlu dihantar dalam satu minggu selepas mesyuarat agung penubuhan.
Satu sijil perakuan akan dikeluarkan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai bukti yang sah. Kopersi hanya boleh beroperasi setelah menerima sijil itu.
CABARAN PERNIAGAAN MASA HADAPAN
Globalisasi. Persaingan sengit dari segi kualiti, harga dan penyampaian produk yang dikeluarkan.
Peningkatan kemajuan teknologi. Merlukan kepakaran dalam IT untuk mengurus perniagaan. Modal tinggi.
Kewujudan blok-blok perdagangan. Ketepuan pasaran dan persaingan yang sengit.
Kekurangan sumber. Inovasi dan kreativiti yang tinggi diperlukn untuk meningkatkan produktiviti.
Perubahan struktur demografi. Kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan dan suasana kerja yang berbeza dari suasana biasa.
KEBURUKAN SYARIKAT BERHAD
Penubuhannya lebih rumit kerana tertakluk kepada syarat-syarat ketat dalam akta syarikat.
Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukan pemilik syarikat.
Laporan kewangan syarikat perlu ditunjukkan kepada pemegang saham dan diaudit. Oleh itu, tiada kerahsiaan.
Cukai syarikat yang tinggi dikenakan.
PERBEZAAN ANTARA TAHAP PRIMER DAN SEKUNDER
Tahap primer. Aktiviti pengeluaran ekstraktif, iaitu aktiviti mengeluarkan bahan mentah dari sumber semula jadi di daratan dan lautan. Contoh, aktiviti perlombongan.
Tahap sekunder. Aktiviti memproses bahan mentah yang diasilkan dari tahap primer kepada barang siap dan separuh siap. Contoh, memproses balak menjadi perabot.
KEBAIKAN PERDAGANGAN DOMESTIK
Mewujudkan peluang pekerjaan agar kadar pengangguran dapat dikurangkan.
Menjimatkan tukatan asing kerana wang kita tidak mengalir ke luar negara.
Menggunakan input dalam negara secara optimum dan mengelakkan pembaziran.

No comments:
Post a Comment