Saturday, 2 November 2013

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1

BAB 5 SUMBER MANUSIA

MEREKRUT TENAGA KERJA

Proses mencari atau mendapatkan serta menggalakkan individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan. Bertujuan untuk membolehkan pengurus memilih calon terbaik daripada sekumpulan calon yang memohon sesuatu jawatan.

CARA PENGREKRUTAN SUMBER DALAMAN DIBUAT

Pengumuman kerja di papan keyataan.

Risalah organisasi atau e-mel.

Pencalonan daripada pengurus dan penyelia.

Rujukan pekerja.

CARA PENGREKRUTAN SUMBER LUARAN DIBUAT

Pengiklanan jawatan kosong di surat khabar, majalah, radio, tevevisyen dan internet.

Agensi pekerjaan swasta dan jabatan sumber manusia.

Permohonan sendiri oleh calon dengan menulis surat pernyataan.

Institusi pengajian tinggi semas hari kerjaya dan pengrekrutan kampus.

Rujukan pihak tertentu.

KEPENTINGAN INDUKSI KEPADA PEKERJA BAHARU

Supaya kakitangan baharu dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam organisasi.

Program induksi yang baik memberi tanggapan yang positif terhadap organisasi.

Memperkenalkan pekerja baharu kepada rakan sekerja di dalam organisasi.

ANALISIS KERJA

SPESIFIKASI KERJA

Menunjukkan maklumat tentang keupayaan, pendidikan dan pengalaman kerja.

Menunjukkan kemahiran dan personaliti.

HURAIAN KERJA

Menunjukkan identiti kerja.

Menunjukkan senarai tugas dan tanggungjawab kerja.

KAEDAH DALAM PENILAIAN PRESTASI

Senarai semak. Penilai dikehendaki memilih keyataan yang mengetakan dengan jelas prestasi dan ciri-ciri pekerjaan. Setiap item atau keyataan diberikan nilai wajaran tertentu bergantung kepada kepentingan setiap iterm.

Esei. Penilai menghuraikan prestasi pekerja termasuk kelebihan dan kekurangan pekerja dalam bentu esei seterusnya penilai dikehendaki memberi syor-syor bagaimana prestasi kerja boleh diperbaiki.

Skala pengkadar sifat. Membuat penilaian ke atas prestasi pekerja dengan menggunakan suatu skala yang berdasarkan satu set sifat seperti personaliti dan penampilan diri.

 JENIS GANJARAN DALAM BENTUK KEWANGAN

Gaji asas. Ganjaran yang dibayar secara bulanan dalam amaun tetap.

Elaun-elaun tertentu. Bayaran tambahan yang akan dibayar oleh majikan kepada pekerjanya. Contohnya, elaun perumahan.

Upah. Ganjaran yang dibayar mengikut jumlah hari atau jam berkerja.

Bonus. Bayaran tahunan yang dibayar berdasarkan prestasi kewangan syarikat atau prestasi peribadi pekerja.

CONTOH KESATUAN SEKERJA

NUBE
CUEPACS

KEPENTINGAN KESATUAN SEKERJA

Mengatur hubungan antara pekerja dengan majikan atau pekerja dengan pekerja.

Mewakili pekerja dalam pertikaian dengan majikan.

PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PERHUBUNGAN PERINDUSTRIAN DIMALAYSIA

Majikan iaitu organisasi pekerja berkerja.

Pekerja iaitu individu yang berkerja dalam sesebuah organisasi.

Kerajaan yang terdiri daripada pendaftar perhubungan perindustrian dan kementerian sumber manusia.

Kesatuan sekerja iaitu kesatuan yang dianggotai oleh pekerja berkenaan.

Mahkamah atau tribunal iaitu tempat perbicaraan dilakukan.

KEPENTINGAN PENILAIAN PRESTASI

Mengenalpasti perbezaan tahap prestasi setiap pekerja untuk menentukan ganjaran kepada pekerja.

Membentuk program latihan berdasarkan maklumat penilaian prestasi.

Memberi maklumat kepada pengurusan berhubung dengan keberkesanan aktiviti pemilihan, tatihan dan pembangunan.

Memberikan maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumber manusia yang ada bagi tujuan pertumbuhan organisasi.

CIRI-CIRI PENILAIAN PRESTASI YANG BERKESAN

Mempunyai piawaian yang jelas dan selari dengan objektif organisasi.

Malum balas terhadap penilaian prestasi disampaikan kepada pekerja.

Bebas daripada sebarang pilih kasih dan mesti adil dan saksama.

Mudah difahami dan senang untuk dipraktikkan.

Piawaian prestasi didedahkan kepada pekerja dan difahami oleh semua pekerja.

Penilaian dibuat berdasarkan huraian dan spesifikasi kerja.

PERBEZAAN ANTARA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Fokus. Latihan berfokus kepada pekerjaan semasa. Manakala, pembangunan berfokus untuk masa hadapan.

Skop. Latihan diberikan kepada individu. Manakala, pembangunan diberikan kepada sekumpulan pekerja.
Jangka masa. Jangka pendek untuk latihan. Manakala, jangka panjang untuk pembangunan.

Matlamat. Latihan untuk meningkatkan prestasi kerja semasa. Manakala, pembangunan meningkatkan prestasi kerja sepanjang kerjaya.

FUNGSI PENGURUS SUMBER MANUSIA

Perancang. Merancang dan menguruskan aktiviti pengrekrutan, pemilihan dan pengambilan pekerja baharu.

Fasilitator. Menyediakan program latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja.

Penyelaras. Menyelaras hal-hal berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Penilai prestasi. Memantau prestasi dan penawaran pampasan seperti ganjaran dan faedah kepada pekerja.

Pengantara. Bertindak sebagai orang tengah dalam isu-isu disiplin pekerja dan berbincang dengan kesatuan sekerja.

Juruaudit. Menilai prestasi pekerja.

CABARAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Perkembangan teknologi. Pekerja perlu didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini seperti pengetahuan teknologi maklumat untuk meningkatkan kecekapan mereka.

Faktor ekonomi. Perubahan ekonomi akan mempengaruhi permintaan terhadap buruh di pasaran. Ekonomi negara meningkat, maka permintaan terhadap tenaga buruh meningkat. Sebaliknya, jika ekonomi negara menurun, maka permintaan terhadap buruh juga menurun.

Faktor politik. Polisi sesebuah negara sentiasa berubah dan mempengaruhi dasar buruh seperti dasar pengambilan pekerja asing.

Globalisasi. Syarikat perlu meningkatkan daya saing dengan mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti agar dapat bersaing di pasaran antarabangsa yang kompetitif.

Peningkatan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan. Organisasi perlu prihatin terhadap keperluan dan masalah wanita serta menjaga kebajikan mereka.

Perubahan semasa. Peka terhadap perubahan dasar kerajaan.

OBJEKTIF PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

Memastikan penggunaan sumber manusia dalah efektif untuk mencapai matlamat organisasi.

Memenuhi keperluan pekerja secara optimum.

Meramal dan merancang keperluan tenaga kerja pada masa depan.

FAKTOR PENENTUAN KEPERLUAN SUMBER MANUSIA

Perubahan teknologi. Tenaga kerja yang mempunya kamahiran dalam bidang IT semakin diperlukan kerana perkembangan teknologi maklumat dan bidang sains.

Keadaan ekonomi. Jika ekonomi meleset, pekerja dikurangkan. Sebaliknya, jika ekonomi berkembang, pekerja ditambah.

Pertumbuhan perniagaan. Jika terdapat banyak syarikat yang menjalankan perniagaan baharu, maka permintaan terhadap tenaga kerja akan meningkat.

Pengurangan kos. Organisasi ingin meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan kos atau melakukan penstrukturan semula seperti downsizing dan merekayasa.

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN

Jawatan yang ditawarkan.

Tarikh mula berkerja.

Gaji.

Faedah-faedah sampingan.

Waktu dan tempat berkerja.

Peraturan dan syarat kerja.

Sumbangan KWSP.

Cuti tahunan dan cuti sakit.




No comments:

Post a Comment