Saturday, 2 November 2013

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1

BAB 4 KEWANGAN

PERANAN PENGURUS KEWANGAN

Membuat analisis dan perancangan kewangan. Penyediaan belanjawan, penyata aliran, dan sebagainya agar selari dengan objektif organisasi.

Membuat keputusan pelaburan dan menentukan jenis pelaburan. Pengurus perlu memastikan setiap keputusan pelaburan yang diambil mendatangkan keuntungan perlu menilai dan memilih sumber pembiyaan yang terbaik serta menggunakan sumber dengan berkesan bagi memperoleh pulangan yang baik.

Menjaga kecairan dan keuntungan syarikat. Pengurus kewangan pelu menentukan nisbah kecairan yang sesuai serta menentukan tingkat keuntungan yang dipelukan.


PRINSIP INSURANS

Ganti rugi. Merujuk kepada pemberian ganti rugi atau pampasan mengikut nilai lindungan atau nilai kerugian yang dialami sahaja. Terdapat 3 prinsip tambahan iaitu caruman dan sumbangan, subrograsi dan limpah.

Doktrin punca terdekat. Memberi pelindungan bagi kerugian yang dialami atau risiko yang diinsuranskan sahaja. Kerugian yang berlaku bukan dari risiko yang diinsuranskan tidak akan dibayar ganti rugi.

Kepentingan boleh diinsuranskan. Menekankan bahawa si diinsurans mesti mempunya kepentingan ke atas harta atau nyawa yang diinsuranskan. seseorang tidak boleh membeli insurans untuk melindungi nyawa atau harta orang lain yang tidak mempunyai hubungan dengannya kerana dia tidak akan mengalami kerugian akibat berlakunya sesuatu risiko itu.

Penuh percaya mutlak. Memerlukan sikap jujur dan kepercayaan antara penginsurans dan si diinsurans dalam memberi maklumat masing-masing agar penipuan tidak berlaku.

PERBANDINGAN ANTARA OBJEKTIF KEWANGAN

OBJEKTIF MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN SYARIKAT

Tidak menyeluruh kerana hanya mementingkan keuntungan semasa.

Bersifat jangka pendek.

Tidak mengambil kira nilai masa wang.

Tidak mengambil kira risiko.

Hayat perniagaan pendek kerana mementingkan keuntungan sahaja.

OBJEKTIF MEMAKSIMUMKAN KEKAYAAN PEMEGANG SAHAM

Menyeluruh dan tidak tertumpu pada keuntungan semata-mata.

Bersifat jangka panjang.

Mengambil kira nilai masa wang.

Mengambil kira risiko.

Hayat perniagaan lebih panjang kerana kerana syarikat mempunyai matlamat yang lebih menyeluruh.

PERBEZAAN ANTARA PEMBIAYAAN EKUITI DENGAN PEMBIAYAAN HUTANG

Pembiayaan ekuiti. Sumbangan dana daripada pemilik perniagaan yang diperoleh melalui saham biasa atau perolehan tertahan. Contohnya, penjualan syarikat kepada pemegang saham.

Pembiyaan hutang. Merupakan dana yang diperoleh daripada pihak luar dan perlu dibayar balik apabila sampai tempoh matang. Contohnya, penjaman jangka panjang dan pinjaman jangka pendek.

JENIS POLISI INSURANS NYAWA

Polisi insurans nawa seumur hidup. Si diinsurans membayar premium yang tetap sehingga akhir hayatnya. Pampasan penuh berserta bonus akan diberikan kepada waris apabila si diinsurans meninggal dunia.

Polisi insurans nyawa bayaran terhad. Si diinsurans membayar premium untuk satu tempoh yang tetap. waris dapat pampasan jika si diinsurans meninggal dunia sebelum tempoh matang. Tidak mendapat pampasan jika si diinsurans masih hidup selepas tmpoh matang. Polisi dianggap telah luput.

Polisi insurans nyawa bekal hidup. Si diinsurans membayar premium untuk satu tempo masa yang tertentu seperti 15-20 tahun. apabila polisi matang, si diinsurans akan menerima jumlah penuh polisi dan bonus. Nilai pampasan akan dibayar kepada waris jika si diinsuran smeninggal dunia sebelum tempoh matang.

MAKSUD UNSUR GHARAR, MAISIR DAN RIBA

Gharar. Tidak ada penjelasan dalam perjanjian. Si diinsurans tidak tahu dimana wang dilaburkan dan dari mana sumber ganti rugi diterima.

Maisir. Berunsur perjudian. Butir perjanjian tidak dijelaskan dengan terperinci.

Riba. Bermaksud mendapat pelangan dalam bentuk faedah atau bunga.

JENIS SUMBER PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK

Overdraf. Satu jenis kemudahan yang disediakan oleh bank kepada pemegang akaun semasa yang membenarkannya mengeluarkan wang yang melebihi baki yang terdapat dalam akaunnya.

Pemfaktoran. Kemudahan pembelian akaun penghutang pernigaan oleh institusi kewangan.

Penerimaan juru bank. Disediakan oleh bank bagi pelanggan yang sering kegiatan import dan eksport dengan tujuan mempermudahkan perdagangan antarabangsa.

Pinjaman berjangka. Pinjaman tetap yang diberikan bagi tempoh tertentu dan digunakan untuk memperoleh aset tetap.

JENIS RISIKO YANG DIHADAPI OLEH FIRMA PERNIAGAAN.

Risiko boleh diinsurans. Risiko yang kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian dapat ditentukan secara kaedah saintifik atau perangkaan. Contoh risiko yang boleh diinsuranskan ialah kematian, kebkaran, kemalangan, ketidakjujuran dan kecurian.

Risiko tidak boleh diinsuranskan. Risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat ditentukan secara perangkaan. Contoh risiko yang tidak boleh diinsuranskan ialah bencana alam, kejadian hutang lapuk dan kemelesetan ekonomi.

PERANAN INSURANS

Perlindungan kepada si diinsurans. Memberi perlindungan kepada si diinsurans daripada risiko kecederaan atau kerugian akibat kemalangan.

Perlindungan kepada individu dan keluarga. Membekalkan simpanan dan pampasan kepada ahli keluarga jika berlaku kematian seperti menanggung kos pendidikan anak-anak.

Melicinkan perjalanan perniagaan. Memberi jaminan ganti rugi kepada peniaga jika berlaku sebarang kerugian. Peniaga dapat menumpukan prhatian sepenuhnya kepada perniagaan mereka tanpa risau akan risiko yang dihadapi.

Sumbangan kepada negara. Dana yang diperoleh syarikat insurans daripada permium dapat digunakan untuk mebiayai pelaburan dalam projek pembangunan negara.

Menyediakan peluang pekerjaan. Hal ini dapat mengurangkan masalah pengangguran dan meningkatkan pendapatan negara.

PRINSIP OPERASI TAKAFUL

Mudharabah. Perkongsian keuntungan antara peserta dengan syarikat takaful dalam sesuatu pelaburan.

Tabarruk. Menderma dengan ikhlas untuk mewujudkan dana bagi kebajikan bersama.

3 comments: