Saturday, 2 November 2013

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1

BAB 3 PEMASARAN

CIRI-CIRI PRODUK(Philip Kolter)

Produk teras. Faedah utama atau kepuasan yang diperoleh oleh penggua daripada pembelian dan penggunaan sesuatu produk atau tujuan utama pembelian dibuat. Contohnya, faedah asas telefon adalah untuk perhubungan.

Produk sebenar/ketara. Ciri/sistem yang sebenarnya ada pada sesuatu produk untuk menyokong faedah asanya. Contohnya, jenama telefon ini ialah samsung.

Produk tambahan/sampingan. Faedah tambahan yang diperoleh selepas pembelian atau penggunaan sesuatu produk. Contohnya, waranti telefon keluaran samsung ialah 1 tahun.

SRTATEGI PENENTUAN HARGA CAMPURAN PRODUK

Penentuan harga barisan produk. Harga berbeza bagi setiap jenis produk.

Penentuan harga produk opsyenal. Produk pilihan dengan harga lebih murah.

Penentuan harga produk tawanan. Harga produk pelengkap lebih mahal daripada harga produk utama.

Penentuan harga produk sampingan. Mengurangkan kos pengeluaran dengan menjual produk sampingan.

Penentuan harga produk ikatan (product bundle). Membeli secara pukal dengan harga lebih murah.

JENIS KONFLIK SALURAN AGIHAN

Koflik mendatar. Konflik antara ahli saluran agihan pada peringkat yang sama dalam saluran agihan yang berlainan. Contohnya, pemborong vs. pemborong.

Konflik menegak. Konflik antara ahli saluran agihan pada peringkat yang berlainan dalam saluran agihan yang sama. Contohnya, pemborong vs. peruncit.

PROSES PEMASARAN

Menilai peluang pemasaran. Melibatkan aktiviti penyelidikan pemasaran untuk mengumpulkan maklumat tentang persekitaran pemasaran.

Menilai sasaran pasaran. Melibatka aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan peletakan pasaran.
Membentuk campuran pemasaran. Merujuk kepada penggabungan elemen pemasaran (produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi) untuk mempengaruhi permintaan produk.

Mengurus usaha pemasaran. Organisasi perlu mengorganisasikan sumber pemasaran, melaksanakan dan mengawal rancangan pemasaran.

MAKSUD PEMASARAN

Pemasaran ialah satu proses pertukaran produk dan nilai yang bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan pengguna di samping mencapai objektif pemasaran organisasi.

KEPENTINGAN PEMASARAN KEPADA PERNIAGAAN

Membantu perniagaan meningkatkan tingkat jualan produk seterusnya memperoleh untung yang lebih lumayan.

Pemasaran dapat membantu perniagaan memperluaskan syer pasaran produk serta mencapai kepimpinan pasaran terhadap produk yang ditawarkan dalam pasaran.

Pengeluar boleh melakukan penjenamaan semula kepada sesuatu produk dan memberi satu imej baru kepada pengguna di pasaran.

Membantu pengeluar membangunkan pasaran, iaitu memperkenalkan produk sedia ada di sesuatu pasaran yang baharu.

FUNGSI PEMBORONG DALAM PERNIAGAAN

Sebagai orang tengah yang menghubungkan pengeluar dan peruncit.

Membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit.

Menambahkan nilai produk dengan menyediakan perkhidmatan pembungkusan, penggredan dan pengankutan.

Menyediakan kemudahan perundangan kepada pengeluar dan peruncit.

Menyediakan kemudahan kredit dan perkhidmatan teknikal peruncit.

Membekalkan maklumat pasaran kepada peruncit.

MAKSUD SRATEGI PENENTUAN HARGA PSIKOLOGI

Mengikut strategi ini, gelagat pembelian penggua sangat dipengaruhi oleh persepsi atau emosi mereka terhadap produk yang ditawarkan.

Pengguna sering mengaitkan harga produk yang tiggi dengan kualiti yang tinggi.

Bentuk harga psikologi yang lain adalah penggunaan harga ganjil seperti RM99.99 untuk mempengaruhi persepsi penggua bahawa harga jualan itu adalah lebih mura daripada RM100.00.

HALA TUJU SISTEM PEMASARAN

Memaksimumkan kepuasan pelanggan. Memastiak setiap barangan yang digunakan oleh pengguna dapat membawa kepuasan kepada mereka.

Memaksimumkan pilihan pengguna. Barang yang dijual oleh pemasar perlu memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna. Pengguna mempunyai pelbagai pilihan semasa membei barangan.

Meningkatkan kualiti kehidupan. Pemasar perlu memberikan perhatian serius terhadap kebersihan alam sekitar dan produk yang mesra alam lazimnya mempunyai kualiti yang lebih tinggi.

Memaksimumkan penggunaan. Pemasar beranggapan pengguna yang banyak akan menggalakkan pengeluaran yang banyak.

FAKTOR PENGELUAR MELAKUKAN SASARAN PASARAN

Saiz dan pertumbuhan segmen. Pengeluar akan memilih saiz pasaran yang besar dan kadar pertumbuhan yang tinggi kerana ianya menghuntungkan.

Potensi persaingan. Pengeluar akan tertarik dengan sesuatu segmen pasaran sekiranya jenis produk pengganti yang wujud dalam pasaran itu tdak banyak kerana kurang persaingan.

Kesesuaian dengan objektif. Pengeluar harus memastikan sama ada ia mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyasar segmen tersebut dan menghadapi  persaingan.

JENIS STRATEGI SASARAN PASARAN

Pemasaran tidak dibezakan. Strategi yang mengabaikan perbezaan segmen pasaran dan menyasar keseluruhan pasaran dengan satu produk. Strategi pemasaran tidak dibezakan sesuai digunakan oleh syarikat pembuatan pakaian sekolah memandangkan pakaian tersebut mempunyai permintaan yang btinggi dan pasaran yang luas.

Pemasaran dibezakan. Pengeluar akan menyasarkan beberapa segmen pasaran dengan mengeluarkan pelbagai produk bagi setiap segmen pasaran serta menggunakan campuran pemasaran yang berlainan.

Pemasaran tertumpu. Menyasarkan satu atau beberapa segmen pasaran dan mereka bentuk produk yang khusus untuk segmen tersebut. strategi ini biasanya digunakan oleh firma bersaiz kecil yang kekuranga sumber kewangan.

Pemasaran mikro. Satu amalan sasaran pasaran yang menyesuaikan produk serta rancangan pemasaran untuk memenuhi cita rasa pengguna atau lokasi yang spesifik. terbahagi kepada dua aspek, pemasaran tempatan dan pemasaran individu.

KLASIFIKASI PRODUK

PRODUK PENGGUNA

Produk mudah beli. Produk yang dibeli secara kerap, serta-merta dan tidak perlu membuat perbandingan yang banyak oleh pengguna. boleh dibahagikan kepada 3 iaitu produk asas(beras), produk gerak hati(majalah) dan produk kecemasan(membeli ubat apabila sakit).

Produk beli-belah. Produk yag tidak kerap dibeli. pengguna mengambil masa yang lama untuk memperoleh maklumat serta membuat perbandingan(harga, kualiti, janama dan gaya) sebelum membeli produk tersebut. Contohnya, pakaian dan perabot.

Produk istimewa. Produk yang mempunyai ciri yang unik atau tarikan istimewa dari segi jenama, jenis, dan gaya sehingga pengguna sanggup membayar kos yang tinggi untuk mendapatka produk tersebut. Contohnya, barang antik.

Produk tidak dicari. Produk yang tidak diketahui oleh pengguna akan kewujudannya di pasaran atau tidak terfikir ingin membeli barang tersebut. Produk ini memerlukan aktiviti promosi untuk menyedarkan atau menarik minat pengguna terhadap produk tersebut. Contohnya, insurans.

PRODUK PERINDUSTRIAN

Bahan dan bahagian. Merujuk kepada bahan mentah dan bahan separuh siap yang digunakan dalam proses menghasilkan produk akhir.

Barang modal. Produk tahan lama yang membantu melicinkan operasi pengeluaran. Contohnya, mesin dan jentera.

Pembekalan dan perkhidmatan. Contohnya, Perkhidmatan pembaikan dan penambahbaikan peralatan kilang.

PENENTUAN HARGA PRODUK BAHARU

Kaedah penarahan pasaran. Pengeluar akan menetapkan harga yang tinggi setanding dengan kualiti produk yang dijual bagi memdapatkan keuntungan maksimum. Jualan sedikit tapi untung banyak. Permintaan adalah tidak anjal dimana pengguna lebih mementingkan kualiti daripada harga. Contoh produk ialah barang mewah.

Kaedah penembusan pasaran. Pengeluar akan menetapkan harga jualan yang rendah supaya dapat menembusi pasaran yang lebih luas dan memperoleh syer pasaran yang lebih besar. Pengguna suka harga yang rendah dan terus setia terhadap produk baharu tersebut. Contoh produk ialah barang keperluan harian.


No comments:

Post a Comment